Cara sembahyang bagi perempuan (gambar)

Sebelum mengangkat takbir, kita hendaklah berdiri tegak (jika berkuasa) menghadap qiblat. Pastikan kita berada dalam keadaan yang tenang dan tidak dalam keadaan tidak tergopoh-gapah. (Jika tidak ada perkara yang memudaratkan) . Selepas itu niat bagi sembahyang akan hendak dilakukan.



Lalu mengangkat kedua belah tangan (sunat hai’at) serta membaca “ALLAHU AKBAR”.

Selepas mengangkat takbiratul ihram kedua belah tangan disedakapkan sedikit dari atas pusat dari menghala sedikit kekiri. (Perempuan hendaklah memastikan keletiak (armpit) ditutop dengan rapat) [sunat hai’at]

(Tangan bagi perempuan hendaklah disembunyikan)
*Gambar tangan di atas hanyalah sebagai panduan

Baca do’a iftitah sehabis takbiratul ihram
(Sunat Hai’at)
Selepas itu membaca ta’awwudz (auudzu billaahi minays syaithannirrajiim) sebelum membaca Surah Al-Fatihah. Membaca amin selepas membaca Surah Al-Fatihah (sunat hai’at)
Membaca surah Al-Qur’an pada dua raka’at yang permulaan sehabis membaca Surah Al-Fatihah (sunat hai’at)

Membaca takbir (Allahu Akbar) ketika gerakan naik turun (Sunat hai’at)

Membaca tasbih ketika ruku’ dan sujud (sunat hai’at)
Membaca “Sami’allahu liman hamidah” ketika bangkit dari ruku’. (sunat hai’at)

Membaca “Rabbanaa lawakal hamdu…..” ketika i’tidal. (sunat hai’at)

Membaca takbir (Allahu Akbar) ketika gerakan naik turun (sunat hai’at)

Membaca takbir (Allahu Akbar) ketika gerakan naik turun (sunat hai’at)
Membaca tasbih ketika sujud (sunat hai’at)

Membaca takbir (Allahu Akbar) ketika gerakan naik turun (sunat hai’at) Lalu membaca bacaan semasa duduk di antara dua sujud.
Membaca takbir (Allahu Akbar) ketika gerakan naik turun (sunat hai’at)

Membaca tasbih ketika sujud (sunat hai’at)
Ulangi semula semua perkara di atas kecuali niat & doa iftitah kerana kedua-duanya hanya dilakukan sekali iaitu semasa permulaan sembahyang.



Meletakkan telapak tangan diatas paha waktu duduk bertasyahud awal dan akhir, dengan membentangkan yang kiri dan mengenggamkan yang kanan kecuali jari telunjuk
Membaca tasyahhud awal [sunat ab’adl]
Membaca selawat pada tasyahhud awal [sunat ab’adl]



Meletakkan telapak tangan diatas paha waktu duduk bertasyahud awal dan akhir, dengan membentangkan yang kiri dan menggengamkan yang kanan kecuali jari telunjuk.
Duduk tawarruk (bersimpuh) pada waktu duduk tasyahud akhir (tahiyat akhir) [sunat hai’at]
Membaca selawat atas keluarga Nabi saw pada tasyahhud akhir [sunat ab’adl]
Membaca salam yang kedua [sunat hai’at]
Memalingkan muka ke kanan dan ke kiri masing2 waktu membaca kedua-dua salam. [sunat hai’at]




Peringatan: Duduk iftirasy dalam semua duduk solat seperti gambar2 di atas. (sunat hai’at)

Sunat ab‘adl ialah setiap perkara yang dimestikan sujud sahwi pada akhir sembahyang jika meninggalkannya.
Sunat hai’at pula, setiap perkara yang jika ditinggalkan tidak dikenakan sujud sahwi.

Untuk mengetahui rukun2 sembahyang, sila tekan disini


Perkara yang mesti diketahui:
  1. Merapatkan satu anggota kepada anggota lainnya.
  2. Meletakkan perutnya pada dada, dua pahanya ketika ruku’ dan sujud.
  3. Merendahkan suaranya/bacaannya di hadapan lelaki lain, yakni bukan muhrimnya.
  4. Bila menderita sesuatu bertepuk tangan, yakni tangan yang kanan dipukulkan pada punggung telapak tangan kiri.
  5. Auratnya dalam solat seluruh tubuhnya, kecuali muka dan dua belah telapak tangan.
About these ads

0 Responses to “Cara sembahyang bagi perempuan (gambar)”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s





Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: